BERUSAHA DAN BERDOALAH SELAGI KITA MAMPU

malaysia negara yang kaya raya tapi mengapa masih ramai yang miskin papa kedana....fikirkan lah...

Thursday, March 18, 2010

PASTIKAN LAMPU ANDA BUKAN INI...

Penggunaan lampu pijar dihenti


PUTRAJAYA - Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon.



Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, dengan pelaksanaan dasar tersebut, penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.



Penggantian lampu tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan tersebut tidak akan dijual mulai 2014.



"Pengguna digalakkan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu kalimantang kompak, lampu kalimantang silinder dan lampu dioda," katanya kepada pemberita di sini semalam.



Peter Chin berkata, pelaksanaan dasar tersebut akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat-peringkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2011. - Kosmo



* Ada yang hendak kaut untung la tu. Rakyat juga yang kena keluar duit lebih beli lampu baru. Pasti ada yang tidak kena kerana Amerika negara yang maju, sehingga sekarang menggunakan mentol jenis ini kerana ia murah dan sesuai untuk ruang yang kecil.

No comments:

Post a Comment